Tanda ΓÇÿNo PorkΓÇÖ / ΓÇÿPork FreeΓÇÖ tidak menentukan Halal

Terdapat sesetengah restoran yang memaparkan tanda ΓÇÿNo PorkΓÇÖ atau ΓÇÿPork FreeΓÇÖ kerana mereka ingin menarik perhatian dan meyakinkan pelanggan Muslim bahawa mereka tidak menghidangkan makanan yang tidak halal dan oleh itu, pelanggan Muslim boleh menikmati makanan yang dihidangkan. Tanda itu seolah-olah menunjukkan bahawa makanan dan minuman yang dihidangkan di premis berkenaan berstatus halal.

Walaubagaimanapun, adanya tanda sedemikian tidak dapat membuang rasa syubhah (ragu-ragu) dan sangsi para pelanggan Muslim dalam menikmati makanan dan minuman yang dijual. Halal itu sudah jelas, begitu juga dengan haram. Namun, apabila timbul rasa syubhah, umat Islam digalakkan untuk meninggalkannya kerana kecenderungannya kepada hukum haram.

Terma halal dan ΓÇÿNo PorkΓÇÖ atau ΓÇÿPork FreeΓÇÖ sudah tentulah berbeza dimana Halal membawa maksud pematuhan mengikut ketetapan dan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarak. Manakala, ΓÇÿNo PorkΓÇÖ atau ΓÇÿPork FreeΓÇÖ pula adalah makluman yang menyatakan bahawa tiada makanan yang berasaskan daging khinzir dijual atau dihidangkan. Halal yang dimaksudkan bukan hanya tidak menjual daging khinzir, halal itu sendiri bersifat menyeluruh iaitu selamat, bersih, berkualiti dan menepati piawaian yang ditetapkan. Oleh itu, premis yang mempunyai tanda ΓÇÿNo PorkΓÇÖ atau ΓÇÿPork FreeΓÇÖ tidak semestinya halal dimakan oleh pelanggan beragama Islam.

Sumber:

>https://www.sinarharian.com.my/article/21847/LIFESTYLE/Sinar-Islam/SESETENGAH-restoran-tidak-menjual-makanan-haram-atau-dalam-erti-kata-lain-tiada-khinzir-namun-ia-masih-diragui

>https://www.hmetro.com.my/node/115237

>https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497310/serve-no-pork-bukan-kuasa-jakim-tetapi

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)