Plasenta: haram bagi rawatan kosmetik, harus untuk tujuan perubatan

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pengharaman itu bertujuan mengelak eksploitasi yang pada tubuh badan manusia. Katanya, dari segi hukum haram memakan anggota badan manusia kerana memuliakan anggota badan manusia, selari dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 70.

MafhumNya: “Dan sesungguhnya kami muliakan keturunan Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.”

Plasenta dalam kandungan adalah diharamkan

Namun begitu, dilihat pada aspek penggunaannya dalam keadaan darurat, maka diharuskan untuk menggunakan plasenta dalam bertujuan untuk perubatan dan kecantikan.

Hukumnya diharuskan dalam penggunaan plasenta haiwan jika binatang tersebut adalah halal dan disembelih mengikut hukum syarak. Maka dibolehkan bertujuan untuk perubatan dan kecantikan.

Namun, jika bahan yang digunakan adalah najis dilihat pada hukum asalnya adalah haram, kerana menurut hukum syarak mengharamkan pengambilan bahan yang najis. Adalah lebih baik menggantikannya, dengan bahan yang semulajadi dan halal mengikut Syariah dan fatwa.

Sumber: AL-FATWA SIRI KE-281 : HUKUM SUNTIKAN KOSMETIK MENGGUNAKAN PLASENTA

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)