Perlaksanaan Program Kesedaran Halal, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (McDonaldΓÇÖs Malaysia)

Khamis, 16 April 2020. Pihak HOLISTICS Sdn Bhd telah menganjurkan program yang bertajuk Program Kesedaran Halal bersama pegawai dan kakitangan McDonaldΓÇÖs Malaysia. Program yang berlangsung selama tiga hari iaitu dari 14 April hingga 16 April 2020 dihadiri oleh lebih 50 orang pegawai dan kakitangan McDonaldΓÇÖs Malaysia dan telah berlangsung dengan jayanya yang diketuai oleh Dr Mohd Iskandar bin Illyas Tan, Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) dan juga CEO, HOLISTICS Lab Sdn Bhd dan merupakan tenaga pengajar untuk program Kesedaran Halal.

Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang industri halal tempatan dan global, konsep asas halal di dalam islam serta sistem pensijilan halal Malaysia dan penguatkuasaannya. 

Program ini telah berlangsung selama tiga hari secara atas talian melalui Sistem Pembelajaran Halal. HACADEMY dan aplikasi Skype sebagai medium perbincangan. Setiap kali sebelum sesi pembelajaran atas talian bermula, wakil daripada HOLISTICS Lab akan memberikan link pautan sebagai jemputan untuk masuk ke dalam kumpulan pembelajaran di dalam aplikasi Skype.

Sepanjang program berlangsung, peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan McDonaldΓÇÖs telah didedahkan dengan teori dan penguatkuasaan halal. Terdapat tiga modul diterapkan sepanjang program ini berlangsung:

1) Modul 1: Industri Halal

2) Modul 2: Konsep Halal dan Haram

3) Modul 3: Sistem Pensijilan Halal Malaysia

Modul pertama membincangkan tentang industri halal di peringkat tempatan dan global. Modul ini juga adalah untuk memahami industri halal dengan menganalisis pada perkembangan dan cabaran berkaitan pasaran halal.

Modul kedua pula membincangkan tentang pentingnya memahami konsep asas berkaitan halal dan haram di dalam Islam sebelum mendapatkan sijil halal. Di dalam modul ini juga peserta akan mempelajari pengertian halal dan haram, kategori-kategori najis, serta melihat jenis-jenis haiwan yang diharamkan di dalam Islam.  

Selepas peserta didedahkan dengan pemahaman industri halal dan konsep halal dan haram, peserta juga didedahkan dengan modul ketiga iaitu  sistem pensijilan halal di Malaysia. Modul ini membincangkan keperluan pensijilan halal, mengenali dan mempelajari pelbagai jenis logo halal. Selain itu, peserta diberi pendedahan mengenai prosedur untuk mendapatkan sijil halal dan peranan pemilik sijil halal.

Sijil penyertaan daripada pihak HOLISTICS Lab diberikan kepada peserta yang berjaya melengkapkan atau menghadiri ketiga-tiga modul dalam program Kesedaran Halal ini.

Bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik, pihak HOLISTICS lab juga telah menyediakan beberapa aktiviti sepanjang berlangsungnya perbincangan untuk setiap modul. Antaranya termasuklah dengan mengadakan poll sebagai selingan semasa sesi perbincangan modul. Tujuan poll tersebut diadakan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan peserta tentang beberapa isu halal dan juga sebagai rekod pembelajaran di dalam modul tersebut.

Selain itu, para peserta akan menduduki kuiz selepas tamatnya sesi pembelajaran untuk setiap modul. Bagi menjadikan sesi menjawab soalan kuiz lebih menarik, kuiz tersebut telah disediakan di dalam Quizizz di mana ianya menjadi seperti permainan video dan juga dilengkapi dengan sistem muzik serta pemarkahan yang mengikut tahap kepantasan peserta menjawab soalan yang diberikan. Soalan kuiz telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut modul pembelajaran bagi program ini. Gamecode dan link pautan bagi setiap kuiz akan diberikan setelah tamatnya sesi soal jawab di dalam perbincangan. 

Sepanjang program ini diadakan, sesi soal jawab yang berlaku di antara para peserta dari McDonalds Malaysia dan tenaga pengajar dari HOLISTICS Lab iaitu Dr Mohd Iskandar bin Illyas Tan berjalan dengan lancar secara atas talian. Setiap sesi dari program yang berlangsung, pelbagai soalan diutarakan oleh para peserta dan Dr Mohd Iskandar dengan sebaik mungkin memberikan jawapan dan merungkai pelbagai persoalan dan pertanyaan yang bersarang di minda mereka.

Pihak HOLISTICS Lab menjalankan proses pengumpulan data memahami latar belakang peserta program bagi membantu pihak HOLISTICS Lab menyediakan topik latihan yang sesuai dengan kehendak peserta.

Disediakan oleh: Mohd Hanafi Abd Shukor, Noor Izzatie Ngosman, Nurul Bahiyah Muzaimi

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)