Perkenalan teknologi dalam industri.
Konsep halal bukan sahaja menjurus kepada makanan mahupun minuman malah turut perlu dipertimbangkan kepada perkara lain seperti teknologi, farmasi, kosmetik dan lain-lain lagi. Sejajar dengan perkenalan Industri 4.0, kewujudan teknologi baru yang semakin meningkat membantu sesebuah industri untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi.
Mengikut salah satu prinsip asas dalam islam ialah halal dan haram. Sesuatu teknologi dikatakan halal apabila digunapakai bukan untuk membawa kemungkaran, kemusnahan atau kebinasaan kepada makhluk di dunia. Sebagai contoh, teknologi perubatan seperti kemoterapi bagi tujuan mengubati kanser dan teknologi kaedah IVF (In Vitro Fertilization) bagi mendapatkan zuriat adalah dibolehkan bagi memanjangkan keturunan dalam keluarga. Kedua-dua teknologi ini diharuskan dalam islam bagi menjamin kesejahteraan dan meningkatkan kesihatan individu yang menghadapinya.
Manakala teknologi dikatakan haram apabila digunapakai untuk tujuan kemusnahan dan ingkar ajaran Islam. Sebagai contoh, teknologi dibangunkan bagi melancarkan serangan ke atas orang yang tidak bersalah adalah haram disisi agama seperti serangan nulear dan bom. Teknologi ini adalah haram kerana mendatngkan kekacauan kepada makhluk didunia dan memberikan kesan yang tidak baik jika digunapakai dalam kehidupan seharian.
Sumber:
http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/929-hukum-ibu-tumpang-dan-bayi-tabung-uji
https://www.studydrive.net/courses/universiti-teknologi-malaysia/sains-teknologi-dan-manusia/236842