Perbezaan antara ubat berdaftar & ubat tidak berdaftar
Ubat yang berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dijual atau digunakan oleh pengguna di Malaysia. Ubat ini telah dinilai, diuji serta terbukti dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya.
Ubat-ubat yang telah didaftarkan akan diberikan nombor pendaftaran yang wajib dicetak pada label dan pembungkusan ubat tersebut. Nombor pendaftaran ini bermula dengan MAL (akronim untuk Malaysia) diikuti dengan lapan angka dan pada penghujungnya terdapat abjad/huruf yang menggambarkan kategori ubat tersebut. Contoh nombor pendaftaran adalah seperti yang diterangkan di bawah:-

Ubat yang tidak berdaftar ialah ubat yang tidak melalui proses penilaian dan pengujian yang telah ditetapkan. Dengan itu penggunaan ubat yang tidak berdaftar tidaj terjamin dari segi keselamatannya. Ubat yang tidak berdaftar mungkin mengandungi bahan terlarang yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digubakan dalam tempoh yang lama.
Sumber:
http://www.myhealth.gov.my/mengapa-perlu-menggunakan-ubat-berdaftar/