Perbandingan antara Halal Profesional Board (HPB) dan Diploma Pengurusan Halal
Konsep semasa pengajian di peringkat Diploma dan sesi latihan dengan HPB adalah berbeza.

Antara perbandingannya, semasa dalam pengajian lebih terdedah kepada pengetahuan umum dan fakta mengenai konsep halal dan isu-isu berkaitan. Di mana pendedahan praktikal adalah kurang. Sebagai contoh, pelajar akan menjalankan audit halal di universiti untuk tujuan pembelajaran.

Ia adalah konsep yang berbeza dengan HPB, di mana mereka menggunakan konsep halal secara praktikal. Ini mungkin kelebihan untuk pelajar memahami dan mengamalkan dengan mudah dalam kehidupan sebenar.
Para pelajar mempelajari lebih lanjut mengenai konsep makanan halal daripada skim yang lain. Oleh itu, penerokaan tentang pengetahuan halal hanya memberi tumpuan kepada makanan dan minuman. Sebagai contoh, kami mempelajari MS 1500: 2009 dan MS 1500: 2019 semasa subjek Standard Halal. Serta di dalam subjek halal, kita belajar tentang Akta Makanan 1983, Akta Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Hampir semuanya memberi tumpuan kepada konsep makanan halal. Kebanyakan subjek lebih terdedah kepada subjek islam seperti penyelesaian masalah keraguan menurut SyariahΓÇÖ, mengikut pada mazhab dan fatwa.
Manakala di HPB, terdapat beberapa perbezaan dalam cara pembelajaran.HPB menyediakan latihan untuk mereka yang berminat dengan Sijil Profesional Eksekutif Halal dan Audit Halal Dalaman. Yang mana latihan ini mengajar tentang konsep halal dengan melihat setiap skim. Bermula dari skim F&B sehingga skim logistik. Mereka tidak hanya memberi tumpuan kepada makanan tetapi setiap perkara yang berkaitan dengan industri halal yang mereka jelaskan.
Semasa latihan Sijil Profesional Eksekutif Halal,modul pembelajaran kepada peserta mengenai rekod manual halal, jawatan kuasa halal dalaman, jaminan kualiti halal, proses sijil halal dan fasiliti audit dalaman halal. Antara gambaran semasa latihan dijalankan, bahagian yang menarik adalah perkongsian sesi mengenai isu-isu halal dan jika ada persoalan yang meragukan, pengajar akan memberi penyelesaian itu sebaik mungkin. Pengalaman seperti ini menjadikan peserta menambah pengetahuan tentang konsep halal dan menarik minat mereka untuk mempelajari lebih lanjut.
Kesimpulannya, dalam latihan HPB dan Diploma Halal mempunyai kelebihan tersendiri.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai program, daftar sekarang di: http://register.holisticslab.my/#/
Sumber: