Peniaga Disaran Tingkat Mutu Kebersihan, Cegah Virus Corona
MELAKA, 14 Feb (Malaysiaaktif) - Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka giat menyantuni peniaga-peniaga khususnya di kawasan pelancongan di kawasan bandar untuk mengingatkan mereka agar sentiasa meningkatkan mutu kebersihan diri dan dinasihatkan untuk menyediakan masakan yang dimasak dengan betul dan sempurna.
Menurut EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee, Jabatan Penerangan bergerak menyalurkan maklumat sahih dan tepat berkaitan isu-isu semasa seperti virus COVID-19 dan juga tentang catuan air di negeri ini.
“Kita akan edarkan risalah berkaitan isu virus VOVID-19 dan juga risalah pengurangan kadar tol serta e-Tunai kepada penduduk setempat,” ujar Kerk.
Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Gue Teck, juga turut sama mengedarkan risalah di Dataran Klebang semalam dan seterusnya kepada peniaga dan orang ramai yang menjamu selera di kedai-kedai makan yang menjadi tumpuan ramai sekitar Klebang.
“Peniaga dan pengunjung kedai makan dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat sahih daripada saluran yang tepat dan menitik beratkan penjagaan kebersihan.
“Sebelum ini kita banyak mendapat maklumat di dunia maya yang kita tidak pasti betul atau tidak tetapi pagi ini saya bersama dengan┬áJaPen menyampaikan maklumat secara bergerak yang tepat berkenaan isu-isu semasa terutama virus COVID-19 dan juga maklumat sahih tentang e-Tunai,” ujarnya.
Sumber : https://malaysiaaktif.my/71438