Penggunaan dan pembelian barangan keperluan yang berstatus halal
Pengetahuan terhadap logo halal bukan sahaja terhad kepada produk makanan dan minuman sahaja tetapi juga termasuk kepada produk barangan keperluan seperti sabun dan bahan pencuci. Pemilihan produk ditentukan oleh pengguna melalui kepercayaan dan nilai sesebuah produk itu. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bakar et al. (2018) dengan artikel yang bertajuk ΓÇ£Kepercayaam Dan Nilai Pengguna Ke Atas Kosmetik Halal Dan Produk Penjagaan PeribadiΓÇ¥ menunjukkan bahawa pengguna menunjukkan kepercayaan terhadap Jakim diikuti dengan agensi persijilan halal, kementerian kesihatan dan pengeluar. Manakala nilai yang dikaitkan dengan kosmetik halal ialah kualiti, emosi, ekonomi, sosial dan nilai bersyarat.
Secara dasarnya, pembelian sesuatu barangan adalah disebabkan kepercayaan pengguna terhadap Jakim. Apabila pihak jakim mengesahkan status halal sesuatu produk maka produk itu adalah halal dan selamat digunakan. Oleh itu, pengguna tidak akan berasa was-was untuk membeli produk tersebut. Mana-mana pengeluar yang tidak mendapatkan pengiktirafan sijil halal daripada Jakim mengalami kesukaran untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli produk mereka.
Kesimpulannya, pembelian produk yang diyakini status halalnya bukan sahaja memberikan impak dari segi kualitinya malah turut bernilai untuk dimiliki kerana dipercayai halal, selamat dan suci untuk digunakan. Berdasarkan Al Quran dan Hadis, orang muslim perlu memastikan bahawa produk yang diambil dan digunakan adalah halal dan selamat digunakan kerana ianya berkaitrapat dengan pembangunan rohani seseorang muslim dalam melakukan ibadat. Hal ini dapat dibutkikan dengan petikan ayat dari surah Surah Al-Baqarah, ayat 172:

Maksudnya:ΓÇ£Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan (kurniakan) kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-NyaΓÇ¥.
Sumber:
https://jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/khutbah-jumaat?layout=edit&id=129
http://www.majcafe.com/wp-content/uploads/2018/07/2.-Dr.-Elistina-Abu-Bakar-article.pdf