Penggunaan Alkohol dalam Perubatan
Dalam kimia, alkohol merupakan sebatian organik di mana kumpulan hidroksil (-OH) terikat pada atom karbon, yang turun terikat dengan atom hidrogen dan/ atau karbon lain. Alkohol terbahagi kepada 4 jenis iaitu etil, denaturasi, isopropil dan gosokan.
Dalam bidang perubatan, penggunaan etil atau ethanol digunakan dalam ΓÇ£hand sanitizerΓÇ¥ bagi mencegah penyebaran dan membunuh kuman dengan merosakkan dinding sel pada organisma. Ethanol yang dihasilkan dalam kegunaan perubatan dihasilkan terus tanpa menghasilkan arak terlebih dahulu melalui proses hidralisasi.
Menurut majlis fatwa kebangsaan menerangkan bahawa jika ethanol atau ethyl alkohol dihasilkan daripada prosse pembuatan arak iaitu melalui proses penapaian, maka ia termasuk dalam alkohol yang memabukkan dan hukumnya najis dan tidak boleh digunakan untuk proses sanitasi. Tetapi jika sekiranya penghasilan ethanol atau ethyl alkohol tersebut bukannya melalui proses pembuatan arak, maka ia tidak dihukum sebagai najis dan boleh digunakan untuk sanitasi.
Sumber:
http://drzubaidi.com/blog/hukum-menggunakan-ethyl-alkohol-ethanol-sebagai-bahan-antiseptik/
https://www.britannica.com/science/alcohol