Pembuatan produk halal merupakan tuntutan fardhu kifayah

Definisi fardhu kifayah ialah perbuatan yang wajib dilaksanakan oleh seseorang individu atau sekumpulan masyarakat Islam tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Sebagai contoh, melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan kenegaraan serta berkenaan dengan kerja-kerja seorang Muslim dengan makhluk sekelilingnya dan sesama manusia berkenaan dengan kepentingan umat Islam.

Sokongan terhadap pembuatan produk halal merupakan sesuatu perkara yang tidak sepatunya menjadi perbalahan dan menimbulkan isu perkauman kerana perkara ini lebih menjurus kepada tuntutan fardhu kifayah terhadap umat Islam.

Menurut Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi berkata, tuntutan terhadap produk halal di negara ini ternyata begitu tinggi kerana 60 peratus pengguna melibatkan orang Islam. Menurutnya lagi, sudah tiba masanya agar orang Islam sendiri melibatkan diri dalam proses penyediaan produk halal kerana hanya umat Islam yang mengetahui konsep halal yang sebenar.

Penghasilan produk yang berstatus halal adalah penting dari segi tahap kebersihan dan kesucian sumber, tempat penyediaan dan hidangan. Bagi memastikan budaya penghasilan produk oleh penganut agama Islam dapat direalisasikan, pembekal dan pengguna yang beragama Islam perlu bersungguh-sungguh untuk memastikan produk yang dikeluarkan menepati garis panduan dan konsep halalan toyyiban.

Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/11646/EDISI/Perak/Sokong-produk-halal-tuntutan-fardu-kifayah

http://www.addeen.my/index.php/rohani/ibadah/item/551-fadhu-ain-vs-fardhu-kifayah

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)