Pelantikan Makmal Panel Halal (MPH)
Permintaan industri halal di Malaysia semakin pesat bercambah. Dalam prosedur permohonan pensijilan halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memastikan bahawa setiap ramuan dan bahan mentah adalah dijamin halal. Oleh itu, sokongan pengesahan status halal perlu diambil daripada analisis di makmal.
Oleh itu, pihak JAKIM telah mengambil satu inisiatif terhadap perkembangan industri halal yang semakin pesat membangun. Di mana bagi memudahkan proses pensijilan halal, JAKIM telah menubuhkan Makmal Panel Halal(MPH) yang telah diiktiraf.
Hal ini bagi memberi pilihan kepada pihak industri halal untuk menggunakan inisiatif daripada Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Panel Halal. Keterangan daripada JAKIM, jika wujud sebarang pertikaian analisis, keputusan yang dilakukan daripada Jabatan Kimia Malaysia adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai.
Terdapat tiga makmal yang telah diiktiraf iaitu makmal panel halal iaitu Unipeq Sdn. Bhd., Halvec Laboratories Sdn. Bhd. dan ALS Technichem (M) Sdn. Bhd.

Sumber: