Pamer sijil penyembelihan, tapi tiada sijil halal.
GEORGETOWN- Satu operasi bersepadu yang diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) telah dijalankan di sebuah restoran yang terletak di Litttle India.
Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang berkata sebuah restoran terkenal didapati tidak mempunyai sijil halal tetapi memaparkan logo halal pada menunya. Perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan khususnya orang yang beragama Islam.
Selain itu, terdapat premis lain yang tidak mempunyai sijil halal namun mempamerkan sijil pengesahan penyembelihan yang dignatung bersama peralatan ritual agama lain di bahagian kaunter restoran bagi mengaburi mata pelanggan yang datang ke premis tersebut.
Justeru itu, terdapat juga premis lain yang didapati menggantung ayat suci Al-Quran sedangkan tidak mempunyai sijil halal dari JAKIM.