Kosmetik Halal kian berkembang di Jerman

Jerman mempunyai penduduk Islam kedua terbesar selepas Perancis. Walau bagaimanapun, kosmetik halal dan segmen penjagaan diri masih terhad di Jerman.

Rachid Laarar, pengasas Beautylope Pure & Vegan Halal Cosmetics menyatakan bahawa sebelum Beautylope dilancarkan lima tahun yang lalu, mereka mengambil initiative untuk menyedarkan ramai umat Islam dengan penawaran produk mereka. Beliau juga berkata bahawa hasilnya tidak meningkat seperti yang dijangkakan dan memerlukan lebih banyak sumber untuk pelaburan. Untuk mempromosikan kosmetik yang diiktiraf halal, syarikat e-dagang Laarar telah melancarkan pameran perdagangan dan pameran pengguna Halal Hannover. Sejak itu, jumlah pelanggan telah meningkat 600%. Kedudukan Vegan halal berada di landasan yang betul apabila produk ini semakin mendapat tempat sambutan dalam kalangan pengguna kosmetik halal.

Hanaa Ryari, pengasas jenama kosmetik Jerman halal VIE Halal menyatakan sejak Januari 2020 mereka telah menjalankan VIE Halal Cosmetic secara dalam talian dan di 34 kedai mereka di Jerman. Beliau berkata tidak mudah untuk mencari pengeluar yang boleh membekalkan produk mereka. untuk menghasilkan krim halal, mesin tersebut perlu dibersihkan secara khas dan beliau menerima banyak penolakan dari pengeluar,beliau tidak menyerah sehingga beliau melancarkan pelembap halal pertama pada Ogos 2018. Jenama itu memecah masuk ke kedai-kedai apabila peruncit kecantikan Douglas GmbH, menguruskan portfolio 55,000 produk di 2,400 kedai di 26 negara, tambahnya.

Kosmetik dan penjagaan peribadi halal, makanan halal dan produk halal yang lain boleh mengembangkan dengan lebih luas untuk memenuhi keperluan pelanggan Muslim dengan mengeluarkan produk-produk halal yang sesuai dengan hukum syariah Islam.

Sumber:

https://www.salaamgateway.com/story/halal-cosmetics-personal-care-slowly-emerging-in-germany#

https://www.vie-halal.com/

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)