Kesedaran halal dalam kalangan masyarakat
Kesedaran adalah kemampuan untuk melihat, merasakan, dan menyedari peristiwa dan objek. Kesedaran telah dihipotesiskan sebagai peranan penting dalam menentukan niat untuk memilih. Kesedaran halal dikatakan berkait rapat dengan niat untuk membeli. Ini secara tidak langsung menambah tahap pengetahuan pengguna mengenai makanan halal.
Kesedaran mengenai prinsip halal, makanan halal dan  produk halal ditentukan oleh sikap positif pengguna. Secara teori, pengguna yang mempunyai sikap yang baik akan melakukan tingkah laku tersebut dengan memilih makanan atau membeli produk halal. Bagi pengguna bukan Islam mereka berpendapat bahawa, makanan yang disahkan halal lebih enak, kebersihannya lebih terjamin dan lebih selamat.
Berdasarkan kajian, kesedaran halal mempengaruhi kesan terhadap niat membeli iaitu niat membeli produk halal. Hasilnya menunjukkan bahawa kesedaran halal ditunjukkan oleh pengguna bukan Islam mempunyai kesan positif terhadap niat untuk membeli produk halal. Boleh dikatakan bahawa sikap positif mempengaruhi niat untuk membeli ditentukan oleh tahap kesedaran mereka terhadap konsep produk halal.
Pensijilan halal adalah bukan hanya syarat keagamaan bagi umat Islam tetapi juga prasyarat untuk orang bukan Islam dalam memilih makanan mereka. Ini menunjukkan bahawa pensijilan halal memberikan pengiktirafan dan jaminan kualiti kepada pengguna bukan Islam apabila mereka menunjukkan kesediaan untuk membeli pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, pensijilan halal berjaya mendorong tingkah laku positif sebagai ciri yang mempengaruhi niat untuk membeli dan produk yang mempunyai sijil halal adalah sesuai untuk pengguna Muslim kerana memenuhi kehendak undang-undang Syariah.
Sumber: Aziz, Yuhanis Abdul, and Nyen Vui Chok. “The role of Halal awareness, Halal certification, and marketing components in determining Halal purchase intention among non-Muslims in Malaysia: A structural equation modeling approach.”┬áJournal of International Food & Agribusiness Marketing┬á25.1 (2013): 1-23.