Keraguan terhadap logo halal jenama boba?
Pada zaman kemodenan ini, impak budaya ΓÇ£hipsterΓÇ¥ semakin mendapat perhatian ramai tanpa mengira umur mahupun jantina. Orang ramai berpusu-pusu hanya ingin mencuba sesuatu yang viral sehingga kadang-kadang terabai definisi halal itu sendiri. Isu yang sedang hangat dibangkitkan ialah minuman boba daripada perniagaan xing fu tang dan perniagaan the alley. Kedua-dua jenama ini bukanlah asing lagi malah amat dikenali ramai khususnya bagi peminat boba tea. Tetapi ianya mula menjadi bualan hangat apabila salah seorang pengguna laman media sosial facebook meluahkan rasa kebimbangan apabila kedua-dua francais ini tedak tersenarai dalam laman web Jabatan Agama Islam.
Walaubagaimanapun, kedua-dua francais ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi apabila masing-masing telah menjawab isu terbabit. The alley telah menjelaskan bahawa mereka masih menunggu sijil halal daripada jakim manakala xing fu tang berkata mereka telah mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI) iaitu salah satu pertubuhan Islam Antarbangsa yang diiktiraf oleh Jakim.
Meskipun ada dinyatakan secara hitam putih mengenai pengiktirafan logo halal tetapi keadaan masih samar. Setiap orang diberikan kebebasan dan peluang untuk memilih produk yang berkualiti darii segi syariat khususnya pada seorang muslim. Oleh itu, sebelum membuat pilihan adalah lebih baik memikirkan kesannya dahulu.
Sumber: https://asklegal.my/p/boba-sijil-halal-jakim-bubble-tea-undang-syariah-mui