Kategori Ubat-ubatan
Ubat-ubatan terbahagi kepada 2 kategori iaitu ubat terkawal dan ubat am. Ubat terkawal ialah ubat yang hanya diperolehi dengan preskripsi doktor. Sebagai contoh, ubat seperti darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan nasihat doktor bagi memastikan kuantiti ubat yang diambil tidak melebihi atau kurang dari yang sepatutnya.
Ubat Am pula ialah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor. Sebagai contoh, ubat seperti suplemen kesihatan atau vitamin. Walapun ubat am boleh dibeli tanpa mendapatkan preskripsi daripada doktor tetapi jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk pada tubuh badan.
Sumber: https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/apakah-maksud-ubat-terkawal-ubat-am.html
Please follow and like us: