Isu Pengubahsuaian Premis Dalam Tempoh Sah Sijil Pengesahan Halal Malaysia
Isu ini tertakluk kepada penambahan atau pengurangan pada premis, iaitu perubahan terkini pada nama dan alamat syarikat, kilang atau premis, perubahan pada jenama produk, perubahan bahan ramuan, pemindahan/penutupan sementara dan perubahan waktu operasi kilang/syarikat.
Hal ini kerana, bagi memudahkan pihak JAKIM dalam pemprosesan cetakan semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada syarikat yang berkenaan.
Semua syarikat yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia hendaklah memaklumkan secara rasmi kepada Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM untuk tindakan selanjutnya atau melalui emel pr_halal@islam.gov.my dan di talian 03-88925000.
Sumber: Halal Malaysian Portal
Please follow and like us: