Isu Halal di media sosial

Seringkali kita menerima maklumat berkenaan isu halal dan haram sesuatu produk melalui sosial media, khususnya WhatsApp, Facebook dan Instagram lalu menyebarkannya kepada keluarga, saudara-mara serta kawan-kawan tanpa usul periksa. Penyebaran video-video walaupun bukan daripada negara ini sendiri dan maklumat-maklumat berkenaan isu halal haram yang telah menjadi viral menyebabkan timbulnya kekeliruan, syak wasangka, dan cuak dalam kalangan pengguna beragama Islam lalu mereka tidak ingin lagi menggunakan produk yang dikatakan tidak halal. Namun, sejauh mana kebenaran isu dan produk yang dikatakan haram atau tidak halal disebarkan oleh media sosial? Bagaimana pula dengan maklumat yang tersebar sarat dengan fitnah atau sengaja dilakukan pihak tertentu untuk memboikot produk berkenaan? 

Pada sudut yang lain, ada juga kebaikannya apabila produk tersebut sebenarnya didakwa tidak halal. Oleh itu, pengguna beragama Islam perlu untuk tidak memakannya atau menggunakannya. Namun, pada satu sudut yang lain pula, ada juga yang menyatakan bahawa ia hanyalah berita atau maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggunngjawab hanya kerana ingin menjatuhkan produk tertentu.

Justeru itu, isu-isu ini perlu ditangani oleh pihak berwajib seperti JAKIM. Pengguna beragama Islam juga boleh melayari portal khas, Portal Rasmi Halal Malaysia, mengenai status halal dalam laman sosial mereka. Pihak JAKIM perlu sentiasa memantau produk makanan dalam pasaran mendapatkan Sijil Pengesahan Halal dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, soal halal dan haram ini merupakan teras kepada kehidupan sebagai seorang Islam kerana ia boleh membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani oleh individu, organisasi dan juga pihak berwajib. Kelekaan dan ketidakperihatinan kita terhadap persoalan ini juga boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam lembah kehinaan.

Sumber Rujukan:

Ismail Sualman, (2019, Februari 20), Isu halal di media sosial. Diperolehi daripada https://www.sinarharian.com.my/article/12112/KOLUMNIS/isu-halal

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)