Isu Halal Bagi “Backpackers”

Lazimnya, agak sukar bagi para backpackers untuk mendapatkan sumber makanan yang halal terutama apabila mengembara di negara yang mempunyai penduduk minoriti Muslim. Namun, perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk mengambil mudah dalam isu halal mengenai makanan yang mereka makan.

Pertama, faham akan maksud sebenar ΓÇÿHalalΓÇÖ. Menurut Portal Rasmi Halal Malaysia, Halal berasal daripada perkataan Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Dan takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah apabila suatu makanan atau barang-barang yang dikaitkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.

Kedua, memeriksa isi kandungan sesuatu makanan. Sebolehnya cuba cari makanan yang tidak mengandungi unsur yang haram seperti telur, ubi keledek, buah-buahan, makanan laut, serta sayur-sayuran.

Namun, jika berpeluang untuk mencari restoran Halal, selidiklah sebaiknya untuk memastikan restoran tersebut ialah Muslim Friendly. Ianya adalah merujuk kepada premis makanan yang disahkan halal oleh agensi Islam tempatan. Contohnya, Halal Monitoring Authority (HMA), Halal India Pvt Ltd, Japan Halal Association ( JHA ), Australian Halal Authority & Advisers (AHAA), Korean Muslim Federation (KMF), Halal Food Council of Europe (HFCE), dan lain-lain.

Sebagai kesimpulan, seandainya kita berada dalam situasi sebegini, berbaliklah kepada sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda ΓÇ£Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananΓÇ¥. Namun, kita perlu yakin bahawa tidak ada unsur haram atau tidak bersih pada makanan tersebut. Terbukti bahawa Islam itu luas.

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)