Hand Sanitizer ‘Halal’?

Pada akhir tahun 2019, dunia digemparkan dengan wabak COVID-19, iaitu corona virus, yang asal usulnya muncul dari bandar Wuhan, China. Sehingga kini, wabak COVID-19 tersebar luas di seluruh negara termasuk Malaysia menyebabkan masyarakat lebih berhati-hati dengan mengunakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman atau lebih dikenali sebagai, ΓÇÿHand sanitizerΓÇÖ. Berikutan dengan itu, topeng muka dan hand sanitizer mulai kehabisan stok di kedai-kedai farmasi. Disebabkan majoriti masyarakat di Malaysia adalah muslim, timbullah persoalan ΓÇÿhalalΓÇÖ dalam cecair pembasmi kuman kerana mengandungi alkohol. Persoalannya, adakah hand sanitizer yang mengandungi alkohol itu haram digunakan bagi masyarakat Muslim?

Ada juga segelintir masyarakat muslim yang tidak endah tentang halal dan haram keatas cecair pembasmi kuman tersebut dan menganggap bahawa lebih baik ada daripada tiada langsung, bak kata pepatah melayu, daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak, baiklah ada. Namun, dimanakah salahnya jika kita mengambil sedikit ilmu pengetahuan tentang halal dan haram keatas cecair pembasmi kuman?

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa umat Islam atau Muslim tidak boleh menggunakan atau makan makanan daripada sumber yang haram dan yang paling jelas sekali adalah khinzir dan arak. Oleh itu, penggunaan alkohol menjadi haram bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Oleh disebabkan alkohol tidak dibenarkan dalam Islam, penggunaan alkohol ditukarkan dengan ethanol dalam cecair pembasmi kuman menyebabkan terdapat produk cecair pembasmi kuman menjadi ΓÇÿMesra MuslimΓÇÖ atau ΓÇÿMuslim FriendlyΓÇÖ. Rentetan daripada itu, terdapat segelintir penjual mengambil kesempatan ini menjual cecair pembasmi kuman Mesra Muslim dengan harga yang lebih tinggi daripada harga biasa. Hal ini menyebabkan ramai mempertikaikan harga tersebut. Oleh itu, timbullah persoalan tentang halal atau haram terhadap cecair pembasmi tersebut.

Menurut Pejabat Mufti wilayah Persekutuan, penggunaan cecair pembasmi kuman beralkohol boleh digunakan dan dibawa solat kerana hukumnya adalah harus dan dimaafkan. Hal ini dijelaskan melalui portal rasmi pejabat mufti yang menjawab kemusykilan masyarakat Islam sekiranya pembersih tangan beralkohol itu dikira najis kerana mengandungi alkohol. Melalui portal berkenaan juga, Muzakarah Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa jika alkohol tersebut tidak melalui proses pembuatan arak, maka hukumnya tidak najis tetapi haram diminum, manakala alkohol yang melalui proses pembuatan arak hukumnya adalah haram dan najis. Begitu juga dengan ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Menurut portal berkenaan, fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”

Akhir kata, cecair pembasmi kuman yang mengandungi alkohol adalah harus digunakan serta dibawa solat. Namun, jikalau ini tidak dapat meyakinkan dan masih merasa syubhah, riwayat al-Tirmidzi menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, ΓÇ£Tinggalkan apa yang kamu ragui kepada apa yang tidak kamu raguiΓÇ¥.

Sumber:

>http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cecair-pembasmi-kuman-beralkohol-boleh-dibawa-solat-pejabat-mufti-wp-233494

>https://sea.mashable.com/culture/9601/malaysians-are-selling-halal-hand-sanitizers-that-are-alcohol-free

>https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/12/ft-mufti-aclohol-based-sanitiser-can-be-used-when-performing-prayers

>https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/953-irsyad-al-fatwa-siri-ke-185-menggunakan-alcohol-swab-dan-minyak-wangi-beralkohol

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)