Apa itu Kod-E?

Kod E dan sistem penomboran menjadi satu keperluan undang-undang mengenai pembungkusan di Eropah pada tahun 1980an. Ianya diperkenalkan untuk mengesan bahan ramuan tambahan yang terdapat di pasaran.

Mana-mana bahan ramuan tambahan yang ditandai dengan nombor E telah diluluskan dalam ujian keselamatan dan digunakan dalam Kesatuan Eropah. Bagi tujuan penyeragaman dan mengelakkan kekeliruan, setiap ramuan tambahan tambahan diberikan nombor yang tersendiri.

Sistem penomboran ini telah disesuaikan untuk kegunaan antarabangsa oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius, maka Sistem Penomboran Antarabangsa (INS) diwujudkan. INS mengekalkan nombor yang sama bagi setiap tambahan tetapi tanpa huruf E. Bahan yang termasuk dalam kelompok E-number ditemukan juga pada label makanan di negara GCC (Gulf Cooperation Council), Australia dan New Zealand (tanpa awalan E).

Sumber:

http://jheains.ns.gov.my/info-pengguna/menjawab-isu-tular

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)