Apa Itu Hotel Patuh Syariah?

Apabila berbicara mengenai konsep Halal, sudah pasti akan menekankan elemen patuh syariah. Hal ini kerana hotel juga termasuk salah satu daripada tujuh Skim Pensijilan Halal Malaysia yang memerlukan pengesahan daripada pihak JAKIM terutama bahagian dapur hotel.

Menurut satu kajian yang bertajuk Ciri-ciri Hotel Patuh Syariah Terhadap Pelancongan Islam Di Malaysia oleh Siti Fatma Binti Mansor dan Rosmawati bt Mohamad Rasit (2015), ada menekankan bahawa beberapa penulis Islam menerangkan ciri-ciri asas Hotel Patuh Syariah adalah seperti berikut:

1) Makanan yang halal dan tidak alkohol untuk disampaikan dalam premis atau hotel.

2) Mempunyai Kitab al-Quran, sejadah dan anak panah yang menunjukkan arah kiblat.

3) kedudukan Katil dan tandas yang tidak menghadapi kiblat.

4) Terdapat doa bilik terdapat di premis dan hotel.

5) Kakitangan staf hotel yang menutup aurat

6) Doa bilik terdapat di premis dan hotel.

7) Pengasingan bilik mandi /lantai bagi pasangan yang belum berkahwin di antara wanita lelaki.

8) Pelancong yang berpakaian menutup aurat

9) Tidak ada perjudian dan alkohol minuman di lobi hotel atau restoran.

10) Tidak ada makanan dan minuman yang diharamkan.

Justeru, perkhidmatan Hotel Patuh Syariah adalah penting kepada pengguna Muslim dan juga menjadi keperluan kepada pengguna daripada Negara Islam. Hal ini kerana apabila wujudnya hotel yang mempunyai ciri-ciri syariah, pengguna lebih yakin, memberikan manfaat, apabila menggunakan perkhidmatan yang bercirikan syariah, tambahan pula dapat menghilangkan rasa was-was dan yakin menggunakan perkhidmatan tersebut. Dengan adanya Hotel Patuh Syariah atau hotel yang bercirikan Islam dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dan permintaan juga semakin tinggi dan mempunyai masa hadapan yang cerah.

Sumber : https://www.researchgate.net/publication/281447020_Ciri-Ciri_Hotel_Patuh_Syariah_Terhadap_Masa_Depan_Pelancongan_Islam_Di_Malaysia_Satu_Tinjauan_Literatur

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)