Makanan Halal di Myeong-dong Street

Daud Kim, merupakan seorang Muslim yang berasal dari Korea. Beliau merupakan YouTuber telah  membuat video di Myeong-dong Street, destinasi yang popular untuk tujuan membeli-belah dan tumpuan pelancongan untuk mendapatkkan makanan tempatan. Daud Kim dan rakannya, Sena menjalankan percubaan sosial dengan pergi ke setiap booth makanan dan bertanya kepada penjual sama ada makanan tersebut  halal atau tidak. Sesetengah peniaga memberi kerjasama dengan menyatakan status makanan halal atau tidak sementara beberapa kedai menunjukkan logo halal tetapi sebenarnya peniaga tidak pasti mengenai status halal. Daud dan Sena menghubungi pemgedar dan penjual ayam yang membekalkan ayam kepada peniaga di Myeong-dong Street untuk meminta status halal ayam itu. Bagaimanapun, syarikat ayam berkata ia tidak dapat mengesahkan sama ada semua ayam yang dibekalkan kepada peniaga itu sebenarnya halal. Oleh itu, berhati-hatilah apabila memilih makanan untuk mereka yang sedang melancong.

Sumber:

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/label-halal-sekadar-muslihat-youtuber-korea-dedah-kisah-di-myeong-dong-street-223548

Please follow and like us:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)